Resepi Keropok Lekor Perantau

 Dihantar Oleh Pada 28 January, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 batang(15 cm)
Description

special utk mereka yg teringin makan keropok lekor terengganu kat oversea..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan.

    open-uri20151010-29872-qiymzv
  2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.

    open-uri20151010-29872-6fubdk
  3. Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur

    open-uri20151010-29872-175gcms
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.

  5. Masukkan garam dan ajinomoto.

  6. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.

    open-uri20151010-29872-x4af2p
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.

  8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.

    open-uri20151010-29872-f3q6ic
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

  10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.