Dihantar Oleh Pada 05 October, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 0rang
Description

resipi sendiri...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg ketam ( 2 - 3 ekor ketam besar )
  • 4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
  • 2 bungkus kecil rempah kari daging ( mama guna jenama adabi - 24g sepeket )
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 '' halia
  • 5 batang serai
  • 3 keping asam keping ( asam gelugur )
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil ajinomoto ( jika suka )
  • Sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga ( rempah 4 sekawan - tak isi pun tak apa )
  • 1/4 cawan minyak masak ( untuk menumis )
Cara-cara
  1. Ketam disiang dan dibelah dua dan di bersihkan.

  2. Serai di titik ( diketuk ). Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.

  3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, serai dan masukkan pula bahan2 yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan santan dan ketam juga asam dan semua bahan perasa. Kacau sehingga mendidih dan ketam masak. Tutup api..siap..

Tags 
  •   kari
  • Komen