Resepi Coleslaw

 Dihantar Oleh Pada 19 September, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Antara 7 hingga 10 orang
Description

Resipi ni sy dpt dari internet dan dialih bahasa utk di kongsi. Is3 dan anak2 kata lebih sedap dr yang dibeli dr restoran mknn segera.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 8 cawan kobis dipotong dadu (potong kecil)
  • 1/4 cawan carrot dipotong dadu (potong kecil)
  • 2 sudu besar bawang besar. (dicincang halus atau ditumbuk)
  • Bahan B
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/8 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan susu segar (sy guna jenama Dutch Lady)
  • 1/2 cawan mayonis (sy guna brand Kimball sbb murah sikit)
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1 1/2 sudu besar cuka
  • 2 1/2 sudu besar jus lemon (guna limau nipis pun bleh)
Cara-cara
  1. Gaulkan kobis, carrot dan bawang hingga rata.

  2. Bahan B dikisar hingga sebati dengan menggunakan blender atau mixer. Tuangkan bahan B ke dalam campuran kobis dan gaul rata.

  3. Perap dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman. Pas 2 hidangkan bersama ayam goreng atau kentang goreng

  4. Kalau nak lebih enak campurkan dengan kentang putar dan sosnya dan ditambah dengan sos cili dan tomato.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua