Dihantar Oleh Pada 06 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

resepi ni dari intenet gak,tp tak ingat amik kat mana...lembut.. try le...

Share:
Bahan-bahan
  • 400gm tpg gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin (cairkan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis (akak pakai susu tepung je)
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1/2 sudu teh soda bikerbonat
  • minyak utk goreng
Cara-cara
  1. campur semua sekali kecuali tepung. kacau sebati.

  2. pastu masukkan tepung sket2 dan uli lagi. kalu agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi hehe...biasa la edit2 nih...

  3. kalu ikut cara betul kena uli sampai tak melekat.tapi akak dah tak larat..tinggalkan je...agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan.

  4. canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya.

  5. bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu hehe.

  6. harap sume dapat paham caranya... mudah je walaupun nampak cam berjela-jela..