Resepi Biskut Sarang Semut

 Dihantar Oleh Pada 06 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: <50 biji
Description

Biskut Sarang Semut ni boleh dikatakan biskut tradisional. Memang cara pembuatannya macam biskut moden, tapi biskut di sangat popular di zaman dulu-kala ketika saya di bangku sekolah rendah lagi. Resipi ni dapat dari Kak Zaida.

Share:
Bahan-bahan
  • 6 oz mentega
  • 4 oz icing sugar
  • 6 oz tepung gandum
  • 4 oz tepung custard
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu vanilla
  • secukup chocolate rice
  • secukup paper cup
  • secukup "edible" manik (sebagai hiasan)
Cara-cara
  1. Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan uli hingga sebati.

  2. Parutkan adunan ini dan masukkan ke dalam paper cup.

  3. Taburkan chocolate rice diatasnya dan letakkan sebiji manik.

  4. Bakar pada 180 degree selama lebih kurang 10 minit.

  5. Biskut Sarang Semut sudah sedia untuk dimakan. :P