Semperit Dulu-Dulu

Resepi Semperit Dulu-Dulu

 Dihantar Oleh Pada 06 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Anggaran 100 biji
Description

tak ingat dah dari mane dapat tapi rasanya umur dia dah lebih 40an...lama tuuu

Share:
Bahan-bahan
  • 1 tin tepung jagung cap kupu-kupu
  • 1/2 tin tepung gandum ( gi goreng/ sangai ) ( guna tin tepung jagung )
  • 1/2 tin gula aising
  • 1 tin kecil planta ( 250 gm )
  • 4 biji kuning telor
Cara-cara
  1. Tepung gandum di sangai kemudian sejukkan dan di ayak. Campurkan kedua2 tepung, tepung gandum dan tepung jagung.

  2. Pukul planta bersama gula aising sehingga sebati.

  3. Masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.

  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di jari.

  5. Canai dan terap mengikut kreativiti sendiri.

  6. Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit - sehingga masak...

Komen