Resepi Puteri Mandi

 Dihantar Oleh Pada 05 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: cukup untuk sekeluarga
Description

sesuai dimakan waktu berbuka @ untuk minum petang

Share:
Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil air kapur
  • air secukupnya
  • pewarna makanan
  • 1/2 biji kelapa parut putih - lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
  • 1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .

  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2...so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.

  3. Sementara tu didihkan setengah periuk air.

  4. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.

  5. Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.

  6. Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.

  7. Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.

  8. Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.