Dihantar Oleh Pada 02 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: anggaran 100 biji lebih..
Description

dari keratan akhbar dulu - dulu..

Share:
Bahan-bahan
  • 5 biji telor ( di rebus - ambil kuning sahaja - di lecek )
  • 2 cawan gula halus ( aising )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung maizena ( dalam kotak )
  • 1 cawan tepung kastad
  • 2 cawan planta
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji kuning telor untuk di sapu diatas biskut
  • Badam hiris untuk hiasan
Cara-cara
  1. Pukul planta bersama gula halus sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila dan telor rebus yang telah di lecek..pukul lagi sehingga rata.

  2. Masukkan tepung kastad dan tepong jagung..masukkan pula tepung gandum sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan..

  3. Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai..sapu biskut dengan kuning telor dan hias dengan badam hiris.

  4. BBakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.

Komen