Dihantar Oleh Pada 24 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Ringkas tapi menyelerakan.

Share:
Bahan-bahan
  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam (kalau nak guna ikan bilis, sotong, atau apa-apa pun boleh)
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putin ditumbuk
  • Secubit garam
  • Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukkan isi ayam goreng hingga masak.

  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih. Goreng sehingga masak. Siap untuk disantap.