Resepi Biskut Rinta

 Dihantar Oleh Pada 01 September, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: hampir 100 biji
Description

ambil dari keratan akhbar..dah lama dah...terima kasih lah kepada pencipta sebenar dan mama kongsikan disini..

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan kelapa ( yang dalam tin tu - di sangai )
  • 1 cawan kelapa panggang ( jika ada- terdapat di kedai menjual barang2 kuih )
  • 1 biji kuning telor
  • 1/4 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Kelapa kering biasa di sangai.

  2. Pukul mentega bersama gula hingga sebati.

  3. Masukkan kuning telor.

  4. Masukkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.

  5. Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai.

  6. Bakar pada suhu oven 180' C selama 15 - 20 minit sehingga masak.

  7. Bahagian bawah biskut dah nampak kecoklatan muda..maka bolih lah di keluarkan dari oven biskut tu..

  8. NOTA: Ini lah rupanya kelapa panggang.

    open-uri20151010-29872-wmc3lt
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua