Dihantar Oleh Pada 30 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: berapa yg larat nak ngap
Description

Ikan Nyok nyok ni lembut dan manis isinya, sesuai gak dibuat variasi lain. Kalau masak masakan berkuah, kuah akan jadi "manis" semulajadi. Paling ketara bila masak kari, kuahnya sedap sangat. Nak masuk jenahak ker, ikan merah ker, boleh jer tapi sedikit bantuan dr nyok nyok mengubah rasa masakan anda :D

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ketul kepala ikan atau 2 keping isi nyok nyok
  • # 1 labu bawang besar
  • # 3 ulas bawang putih
  • # 1 inci belacan
  • # 5 tangkai cii kering, kalau x mau pedas blh kurangkan
  • # Sejemput ikan bilis
  • 2 tangkai bunga kantan - potong memanjang
  • Segenggam daun kesum
  • 2 cwn air
  • 1 keping Asam gelugor @ asam keping
  • Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara
  1. Bahan bertanda # diblender.

  2. Di dalam periuk, masakkan setengah cawan air dengan bahan blender hingga hampir kering. Kemudian masukkan baki air. Biarkan didih.

  3. Masukkan ikan, asam keping. Biarkan didih. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, garam dan perasa. Biar didih. Perasakan semua rasa. Dah siap !! Makan panas2 dgn nasi or ratah pon boleh :D