Resepi Kailan Goreng Sos Tiram

 Dihantar Oleh Pada 30 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Sesuai dihidangkan bersama nasi ayam,nasi putih atau apa jua jenis nasi pilihan anda..ratah pun sedap,cuma kalau nak ratah tu kena kurangkan sedikit sos tiram :)

Share:
Bahan-bahan
  • 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
  • 2 ulas bawang putih-ketuk dan cincang halus
  • 1/2 cawan sos tiram+1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/3cawan minyak untuk menumis
  • Bawang goreng-untuk hiasan
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali.(pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau

  2. Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah..Kacau goreng hingga pecah minyak

  3. Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.

  4. Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap!SELAMAT MENCUBA ^_^

Komen