Resepi Caramel Pudding

 Dihantar Oleh Pada 28 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Seisi keluarga
Description

Resepi dari arwah Mama

Share:
Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 1 senduk gula pasir
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil tepung kastard
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Untuk dibuat karamel/ gula hagus:- 1 senduk gula pasir
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali karamel/ gula hangus. Tepung kastard & tepung jagung perlu dibancuh dulu dengan susu segar supaya tak berketul.(boleh guna whisk, hand mixer/ blender)

  2. Masukkan karamel/ gula hangus yang dah siap dibuat tadi ke dalam loyang. (Kalau boleh jangan terlalu hangus takut puding jadi pahit)

  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut.

  4. Kukus selama lebih kurang 45 minit.

  5. Setelah siap sejukkan dalam peti sejuk. (sangat sesuai dihidangkan ketika sejuk)

Komen