Dihantar Oleh Pada 23 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Ni diambil dari majalah Rasa.. saya sudah cuba dan rasanya macam senang je untuk dibuat dan sedap.. jadi mari lah kita kongsi bersama..

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis dan direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji cili benggala hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar sos tiram.. kalau suka bleh lebih-lebihkan ikut citarasa
  • Garam secukup rase...
  • Kalau ade.. boleh letak kacang buncis.. daun bawang dan daun sup...
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang besar.. bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram... kalau kering bubuh air sikit... kalau suka berkuah boleh bubuh banyak sikit... tapi jangan banyak sangat...

  3. Masukkan garam.. serbuk perasa kalau suka boleh letak.. tapi saya tak letak sebab tak elok lah....

  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..

  5. Masukkan cili benggala hijau tadi.. kalau nak letak.. boleh masukkan kacang buncis.. daun sup dan daun bawang..

  6. Boleh makan dengan nasi putih.. atau jadikan lauk nasi goreng USA.