Dihantar Oleh Pada 23 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: bergantung kepada saiz acuan
Description

Sedap dimakan begitu saje atau makan dengan kelapa parut yang diletak garam sedikit.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • Pewarna yang disukai
Cara-cara
  1. Nasi dan air dikisar bersama sehingga nasi hancur.

  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis.

  3. Satukan nasi yang dikisar dengan adunan tepung tadi... digaul sehingga sebati...

  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...

  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. Kalau kecik kukus la dalam 10-15 minit.. kalau acuan besar kukus la selama 30-40 minit...

  6. Boleh la nak makan terus atau makan dengan kelapa parut bergaram...