Spaghetti Gerenti Sedap

Resepi Spaghetti Gerenti Sedap

 Dihantar Oleh Pada 24 August, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang makan
Description

45 minit sahaja

Share:
Bahan-bahan
  • 1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan)
  • 1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
  • 3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur)
  • 1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan
  • 1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant)
  • 1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus)
  • 5 sudu besar minyak kelapa sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur
  • 2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur
  • Bawang besar sebijik atau sebijik setengah
Cara-cara
  1. Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )

  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau

  3. Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat

  4. Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat

  5. Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...

  6. Tambah air dalam secawan & kacau hingga sebati & letak garam

  7. Tambah hirisan cendawan butang tadi & kacau lagi sampai mendidih...

  8. Letak spaghetti dalam pinggan & tuang kuah atasnya, kemudian letak beberapa hiris broccoli & capsium tadi....

  9. * Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi... Broccoli & capsium dicelur dalam air mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal... Selamat mencoba...

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua