Dihantar Oleh Pada 23 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: hasil lebih kurang 80 biji
Description

resepi turun-temurun

Share:
Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum
  • 1/2 tin kecil minyak sapi...apa2 brand pun boleh
  • marjerin secukupnya
  • INTI:
  • 200 g kacang tanah
  • gula pasir secukup rasa
  • gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih
Cara-cara
  1. tepung gandum disangrai, sejukkan pas tu diayak.

  2. masukkan kesemua minyak sapi, gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.

  3. masukkan marjerin sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.

  4. bulatkan atau bujurkan dan pas tu isi inti. bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak

  5. dah masak, golekkan atas gula aising

  6. cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.

  7. selamat mencuba....saya buat kuih ni untuk penuhi tempahan kawan-kawan.