Dihantar Oleh Pada 21 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

sedap makan masa berbuka puasa..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Membuat Kastard
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 cawan air
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Bahan Kuah kastard
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 4 senduk gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin air
  • Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin
Cara-cara
  1. Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam periuk yang besar. Masukkan 5 cawan air. Kacau dulu supaya tepung & air sebati.

  2. Hidupkan api sederhana besar. Masukkan 1 sudu kecil garam & 1 sudu besar susu pekat.

  3. Kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel & masak rata. Matikan api bila kastard telah masak.

  4. Angkat & tuang ke dalam bekas acuan & loyang. Kemudian sejukkan. Masukkan ke dalam pei sejuk.

  5. Untuk kuah. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & renihkan kuah sehingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.

  6. Masa nak makan letakkan puding kastard, tuangkan kuah puding & letakkan beberapa ketul ais. Letakkan juga buah-buahan tin, nata d coco & nenas tin.

  7. Sedia untuk dihidang.

Komen