Dihantar Oleh Pada 19 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 - 4 orang makan
Description

Menu tradisi turun temurun orang banjar.

Share:
Bahan-bahan
  • Mandai ( kulit cempedak yg dijeruk)
  • Bawang besar
  • Lada cili
  • Ikan bilis
  • Serbuk perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Mandai adalah kulit cempedak yang telah masak. Dibuang bahagian kulit luar (yang berwarna hijau). Kemudian di jerukkan dengan cara meletakkan lebih kurang 4 sudu besar garam kedalam botol yg berisi air. Dijeruk lebih kurang seminggu ke 2minggu untuk melembutkan kulit cempedak.

  2. Ambil kulit cempedak yang telah dijeruk. Perah sehingga airnyer kering. Kemudian hiris halus2.

  3. Potong bawang besar & lada cili.

  4. Tumiskan bawang, lada cili & ikan bilis sehingga layu. Makin banyak bawang, cili & ikan bilis, makin sedap.

  5. Masukkan kulit cempedak jerok td. Masukkan sedkit bahan perasa. Tak perlu garam kerana kulit cempedak tadi telah di jeruk dengan air garam.

  6. Masak dengan api sederhana & sedikit lama. Kalau boleh sehingga sedikit garing & kering. Setelah masak, angkat & hidangkan.

  7. Mandai ini akan jadi lebih sedap jika di panaskan berulang kali. Biasanya saya buat banyak. Kalau ada lebih, simpan dlm peti sejuk. Dan bila nak makan panaskan. Lagi sedap jadinyer.