Dihantar Oleh Pada 14 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Sedap dan rangup macam kerepek ubi. Sesuai dikunyah bila2 masa sahaja.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan(metrik) empingan jagung (dyg guna Kellog's Cornflake asli)
  • 1 labu bawang besar @ 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 -4 sb cili kering kisar (boleh tambah dan kurang ikut citarasa)
  • 1 sk garam
  • 2 1/2 @ 3 1/2 sudu besar minyak masak (bergantung pd banyaknya cili dan bawang yg digunakan)
  • 1 1/2 @ 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga betul2 pecah minyak.

  2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi dan biarkan sehingga garing.

  3. Barulah dimasukkan emping jagung tadi. Gaulkan sehingga rata selama 10 saat dan kemudian terus tutupkan api. Gaulkan lagi sehingga sebati.

  4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.

    data.jpeg