Dihantar Oleh Pada 12 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: tidak terhad
Description

Kek Lapis Tembikai atau Semangka dlm bahasa Serawak. Kek yg sangat menarik paras rupanya, seperti buah tembikai.. (kek bakar)

Share:
Bahan-bahan
  • 10 bj Telur
  • 16oz Butter (sy guna golden churn butter)
  • 200gm Gula halus (kalau x nak manis bole kurangkan)
  • 300gm Tepung Hong Kong (tepung gandum pun bole)
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil Susu Manis
  • 1 paket Serbuk Santan (50gm)
  • 1 botol Chocolate Chips (utk di jadikan biji Tembikai)
  • 1 sd mkn Ovallate
  • 1 sd kecil Esen Vanilla
  • Sedikit pewarna Hijau, Kuning & Merah
Cara-cara
  1. Pukul butter dan susu manis sehingga putih dan kembang. ketepikan.

  2. Di tempat yg berasingan, pukul telur, ovallete, gula halus dan esen vanilla hingga sebati.

  3. Satukan kedua2 adunan butter tadi dan telur. Pukul hingga betul2 sebati yer..

  4. Masukkan seri kaya dan serbuk santan, pukul hingga adunan sebati.

  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga betul2 sebati.

  6. Selepas itu, adunan di bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan 1 (letak warna hijau), sebanyak 3 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 6 senduk utk lapisan hijau. Adunan 2 (letak wana kuning), sebanyak 2 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 4 senduk utk lapisan kuning. Adunan selebihnya letak warna merah, setiap lapisan 2 senduk. adunan di habiskan utk adunan warna merah.

  7. Lapiskan adunan hijau dulu, bila masak buat lah begitu sehingga adunan seterusnya. warna hijau sebanyak 3 lapisan.

  8. Kemudian lapiskan adunan kuning, sehingga lapis ke dua.

  9. Akhir sekali lapiskan adunan merah, bakar berlapis2. Setiap lapisan di taburkan chocolate chips. Buatlah sehingga adunan habis.

  10. Gambar yg di upload adalah gambar kek yg telah di tempah. So, mintak maap ler yer, sebab x dpt potong kek tu, so x dpt lihat rupa sebenar kek yg telah di potong. Tapi yg pasti kek tu seakan2 rupa buah tembikai or dlm bahasa serawak kek semangka heeee..

  11. ##SELAMAT MENCUBA YER...##

Tags 
  •   kek