Dihantar Oleh Pada 12 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9x6 inc./ 8x8 inc.
Description

Dengan cara penyediaan yang mudah sekali.Sesuai dimakan bila2 masa saja.

Share:
Bahan-bahan
  • 3/4 buku mentega
  • 1 cawan gula hitam/dark brown sugar (akak guna 200g)
  • 1 cawan air
  • 200g buah2an kering campur/mix fruits
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 sk bicarbonate of soda*
  • 2 biji telur - dikocok
  • 1 sk esen vanilla/perisa buah2an/esen oren
  • 1/2 sk serbuk kayu manis* (opt)
Cara-cara
  1. Campurkan 4 bahan pertama di dalam sebuah periuk besar.Masak hingga gula dan mentega larut atau hingga mendidih.Sejukkan.

    open-uri20151010-29872-c8jhuy
  2. Ayak bahan2 bertanda dan masukkan ke dalam campuran buah2an yang telah sejuk berselang-seli dengan telur yang dikocok tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan pula esen perisa kesukaan masing2.Kacau lagi hingga benar2 sebati.

    open-uri20151010-29872-yb4dry
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dan digris.Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau hingga masak.

    open-uri20151010-29872-p29zuw
  4. Biarkan kek di dalam loyang 5-10 min. baru dikeluarkan dan disejukkan di atas redai kek.

    open-uri20151010-29872-1ypv1lj
  5. ***Ini contoh gula hitam/merah yang akak gunakan...

    open-uri20151010-29872-plmsns
Tags 
  •   kek