Jagung Goreng

Resepi Jagung Goreng

 Dihantar Oleh Pada 19 January, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 25 ketul
Description

masakan asli dari tanah jawa( arwah nenek asal dr sana,so die yg introduce.tp dah di alter sket ikut selera masakini)

Share:
Bahan-bahan
  • 5 ketul jagung mentah saiz M-L(jangan guna jagung yang buat corn in cup tu ye... rasa die tk fresh nanti)
  • 2 sudu tepung gandum-sukatan rata sudu je(kalau jagung saiz XL boleh tambah tepung )
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji cili besar - merah(kalau nk pedas tambah cili lagi)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang kecil
  • sebatang daun sup untuk hiasan
  • garam secukup rasa
  • sedikit air(lebihkurang 1/2 cawan)
Cara-cara
  1. kikis dan kikir jagung dari tongkolnya. Sisa jagung yang melekat tu pun kikir gak. Tumbuk jagung tadi, lebih kurang 1/2 hancur. Jagung ditumbuk untuk mengeluarkan air jagung. Yang selebihnya biar berbiji.

  2. potong bawang besar dan bawang kecil tadi, cili besar dan daun sup. Masukkan ke dalam no 1.

  3. Tambahkan tepung gandum, telur. Gaul sampai semua bercampur. Semak keadaan adunan itu, kalo adunan jagung macam lembik sangat, tambah tepung lagi sikit, jangan banyak, kalo keras hilang rasa jagung. Tapi biasanya sukatan ini dah memadai.

  4. Kalo nampak keras pula, tambahkan air tadi. Nanti bile tengah buat tu boleh agak keadaan yang sesuai. Asalkan semua jagung tu melekat ok lah tu.

  5. Tambah garam secukup rasa. Gaul rata

  6. Goreng dengan minyak panas api sederhana besar, cedok adunan dan masukkan dalam kuali pakai sudu je. Goreng sampai nmpk kecoklatan. Jangan sampai hangit..nanti tk sedap lah..Kalau pakai api besar nanti jagung ni cepat hangit tp tepung belum masak pulak.

  7. Hidangkan.Sesuai dimakan semasa suam-suam kuku bila-bila masa. Enak juga dicicah dengan sos cili sebarang jenama.. Ermmmm..sedapnya

Komen