Dihantar Oleh Pada 18 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Masa penyediaan 20 minit.

Share:
Bahan-bahan
  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap cair
  • Sawi @ kubis
  • Sekeping tauhu goreng
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • Garam dan sedikit Ajinomoto
  • Minyak untuk tumis bawang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Air
Cara-cara
  1. Tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.

  2. Bancuh serbuk cili dengan air dan masukkan ke dalam kuali setelah bawang garing.

  3. Bila cili dah pecah minyak, masukkan ayam. Kemudian, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair. Kacau rata.. masukkan 1 cawan air.

  4. Masukkan garam, Ajinomoto dan gula. Bila dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. Goreng rata-rata.

  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayur. Kalau nak lebih gelap warnanya tambah kicap cair.

  6. Kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. Boleh juga kalau guna serbuk lada hitam.