Resepi Asam Pedas Ala Baba Nyonya

 Dihantar Oleh Pada 06 August, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Asam Pedas sememangnya seinonim dengan masakan Melayu dan jika kena cara masakannya, pasti menjilat jari. Asam pedas ini adalah berasal dari Melaka dan ia dimasak mengikut cara baba dan nyonya. Cubalah.. pasti terangkat..

Share:
Bahan-bahan
  • 1. Ikan pari 2. 2 kuntum bunga kantan 3. Daun kesum 4. Sedikit asam jawa 5. Cili giling 6. Sedikit belacan 7. Nenas 8. Minyak masak 9. Air 10. Bawang besar 1 biji 11. sebatang Serai
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
  1. 1. Sebiji bawang besar dikisar halus bersama belacan, cili giling dan 1 bunga kantan yang telah dipotong. 2. Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak 3. Setelah itu masukkan air asam jawa bersama satu lagi bunga kantan yang telah dibelah dua serta daun kesum 4. Ketuk serai dan masukkan ke dalam masakan tadi. 5. Masukkan nenas yang telah dipotong separuh halus 6. Masukkan garam dan gula. 7. Masak sehingga sedikit pekat

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua