Dihantar Oleh Pada 03 August, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

resepi sendiri.. Insyaallah disukai ramai dan syedap..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee lidi – direbus dan ditoskan (ikut direction kat plastic mee)
  • 3 – 4 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, lada kering (ikut suka kalu nak pedas lebihkan) – semua ni di blendkan
  • Sedikit hati ayam dan pedal ayam – dihiris2
  • 1 ekor ikan goreng (tak ngisah ikan apa) – dicubit dan diambil isinya saja
  • Secekak sawi di potong2.
  • kicap manis – 2 – 3 sudu besar
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit daun sup – dipotong halus (optional )
  • Minyak utk menggoreng
  • sedikit air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara
  1. Sediakan kuali dan panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan2 yg diblend tadi. Utk mempercepatkan bahan garing masukkan sedikit gula.

  2. Kemudian masukkan hati dan pedal ayam dan masukkan sedikit air bagi melembutkannya. Bila air hampir kering, masukkan kicap manis dan masukkan garam juga serbuk perasa. Biar 3 4 minit atau setelah hati dan pedal lembut.

  3. Kemudian masukkan mee lidi dan daun sawi yg telah dipotong dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan isi ikan goreng dan gaul. Setelah itu masukkan/ renjiskan 4 5 titik minyak bijan dan gaul lagi.

  4. Setelah mesra masukkan daun sup dan tutup api.. enak dimakan bersama ahli keluarga yg sederhana besarnya. Selamat mencuba..

  5. Haa korang.. dgn bersusah payahnya semalam meow suruh asben tecenta pi beli lg mee lidi neh.. ni haa gambor dia ya.. memang cam spagethi petu buatan dia dari johor yg penting ada tanda HALAL.. ;)