Dihantar Oleh Pada 28 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga, kalau mini dalam 80 pcs, kalau saiz m dalam kurang lebih 20 pcs
Description

Resipi barat tapi, mudah disediakan, tak terlalu manis dan boleh diubahsuai jadi perasa coklat atau style marble

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu (segar atau uht)
  • 2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)
Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.

  2. Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.

  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.

  4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.

  5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.

    open-uri20151010-29872-1y46qcf
  6. 25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat.

    open-uri20151010-29872-jr9zf7
  7. Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.

Komen