Resepi Ikan Kukus Mudah

 Dihantar Oleh Pada 25 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1/2 ekor ikan
Description

Tambahan resepi ikan kukus untuk dikongsi bersama.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ikan siakap atau apa-2 ikan mengikut kesukaan dan sesuai dikukus.
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus) - saya agak-agak sahaja
  • Sebatang serai (diketuk & dipotong)
  • Sedikit lengkuas (dihiris halus)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Perahan lemon
  • Cili kering dipotong ikut suka/cili padi dihiris nipis
Cara-cara
  1. Didihkan air dalam kukus.

  2. Basuh ikan hingga bersih.

  3. Letakkan ikan di dalam pinggan/piring.

  4. Letakkan semua bahan/ramuan yang telah dimayang di atas ikan.

  5. Tabur sedikit garam dan gula secukup rasa serta perahkan lemon secukupnya. Kukus sehingga masak atau ikut kesukaan kita. Selamat makan. Sedap makan panas-panas.

Tags 
  •   ikan