Resepi Ayam Mayonis

 Dihantar Oleh Pada 21 July, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: utk 4 orang
Description

cuba dulu baru tahu!!!

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ketul peha ayam di goreng
  • 1 batang seleri - potong serong
  • 2 sudu besar cedawan hiris dalam tin
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • minyak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • bahan hiris (*):
  • *1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • bahan hiasan (**):
  • **1/2 biji bawang besar - potong baji
  • **1 biji tomato - potong baji
  • **1 biji cili hijau - hiris serong
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan cili kisar. Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.

  2. Masukkan bahan hiris dan kacau hingga naik bau. Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).

  3. Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.

  4. Hidangkan bersama nasi panas.

Tags 
  •   ayam
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua