Resepi Tongkol Goreng Asam Jawa

 Dihantar Oleh Pada 20 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Bergantung saiz ikan
Description

Untuk rasa yg sedap,pastikan bahan2 sudah meresap ke dalam isi ikan..dan digoreng jangan terlalu garing,cukup sekadar masak sahaja. Ikan tongkol boleh digantikan dengan ikan sardin

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.

  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng

  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

  4. Selamat Mencuba! ^_^

Tags 
  •   ikan