Resepi Baby Kailan With Oyster Soy Souces

 Dihantar Oleh Pada 20 July, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family-5 orang
Description

Sesuai untuk anak2 yang kurang gemar makan sayur

Share:
Bahan-bahan
  • 6 batang pokok baby kailan
  • 2 ulas bawang putih-dicincang
  • 3 hiris halia-dicincang
  • 3 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap masin (kalau takde, boleh masukkan garam)
  • 1 sdb nampla sos (optional-jika suka)
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdk tepung jagung (dibancuh dengan 3 sdb air)
  • 1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh ditambah)
  • 1/4 batang karot (dihiris memanjang)
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit hirisan cili merah
Cara-cara
  1. Cuci baby kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan ia mendidih.

  2. Susun baby kailan ke dalam penyejat aluminium, dan masukkan ke dalam air mendidih. Bila daunnya sudah agak layu, celup bahagian batangnya lebih sikit manakala bahagian daun diangkat ke atas sedikit. (Ini untuk jadikan sayur tadi masak sekata). Bila sudah lembut, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap dan toskan. Masukkan pula karot beberapa saat dan angkat, masukkan kedalam air sejuk, toskan. Buat asing2 karot dan kailan.

  3. Kemudian, susun baby kailan dan karot ke dalam pinggan.

  4. Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan wangi. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan nampla sos. Kacau seketika.

  5. Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (Untuk resipi ni saya tidak tambah garam sebab ia sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi). Masukkan cili merah, kacau seketika.

  6. Kemudian tuang kuah di atas kailan yang telah disusun dalam pinggan tadi. Siap dihidang.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua