Dihantar Oleh Pada 16 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 keluarga kecil
Description

Mudah disediakan..enak dimakan..Juga tak pedas,sesuai untuk kanak2

Share:
Bahan-bahan
  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili-boleh lebihkan sedikit jika suka
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..

  2. Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)

  3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..

  4. Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!

    open-uri20151010-29872-10e3xk8
  5. NOTE:Sayap ayam tidak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan isi ayam yg kering.. SELAMAT MENCUBA ^_^

Tags 
  •   ayam