Dihantar Oleh Pada 11 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Dah makan sambal belacan begini sejak arwah nenek yg buat...campuran sambal belacan dgn hirisan kulit limau kasturi...sampai sekarang sambal belacan ini aje yg akak sajikan untuk keluarga... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 5 batang lada merah - hiris
  • 4 batang lada hijau - hiris
  • cili padi - jika suka pedas lagi
  • 2 sudu kecil belacan bakar atau secukupnya
  • gula secukup rasa
  • 3-4 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Limau kasturi dibelah dua,perah jusnya,buang biji dan hiris halus kulit limau kasturi dan ketepikan.

  2. Tumbuk kesemua bahan kecuali gula dan limau kasturi hingga halus.Bubuh gula secukup rasa dan tambahkan jus limau kasturi dan gaul sebati.Masukkan pula hirisan kulit limau kasturi dan gaul lagi.

  3. Keluarkan sambal belacan dan bubuh di dalam piring.Sajikan.