Dihantar Oleh Pada 15 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang makan
Description

Cepat dan mudah... buat dengan kuey teow.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo kuey teow
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
  • 2 biji telur
  • 20 batang isi ketam (ikut suka banyak)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 susu besar sos tiram
  • 1 genggam taugeh (ikut suka)
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1/2 cawan air
Cara-cara
  1. Cuci dan toskan kuey teow.

  2. Kisar/tumbuk bawang besar dan bawang putih.

  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah + bawang putih + cili boh/giling dan tumis hingga garing.

  4. Masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka).

  5. Masukkan garam + perasa dan kacau rata.

  6. Pecahkan telur dan kacau hingga telur sebati (akan jadi pekat).

  7. Masukkan taugeh dan isi ketam dan kacau hingga sebati.

  8. Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata.