Resepi Kek Cantik Marie (Kukus)

 Dihantar Oleh Pada 07 July, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 7 inci
Description

Satu lagi koleksi kek kukus dayangjack. Sedap dan lembut. Boleh cuba jika berminat.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm mentega/marjerin
  • 1/3 cawan milo
  • 2 sb serbuk koko
  • 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • biskut marie secukupnya (dipatah2kan)
Cara-cara
  1. 1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2.

    data.jpeg
  2. Pukul mentega dgn gula sehingga btl2 hancur dan kembang. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.

  3. Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata. Masukkan gula hitam atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.(gambar menunjukkan gula hitam yg dyg gunakan : gula hitam homemade boleh rujuk kat sini : http://www.myresipi.com/top/detail/6594)

    open-uri20151010-29872-1rcxjsk
  4. Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar. Akhir sekali masukkan esen vanilla.

    data.jpeg
  5. Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. Tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit (bergantung pd jenis pengukus) (tekan2 sedikit (jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)

    data.jpeg
  6. Ulangi langkah 5 hingga habis. Untuk lapisan terakhir tidak perlu letak biskut marie. Kukus selama lbh kurang 1 jam lg atau sehingga masak.

  7. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

    data.jpeg
  8. ***nak tgk gambar dari dekat, sila singgah ke blog dayang. tq (http://dayangjack.blogspot.com/2009/07/kek-cantik-marie-kukus.html)

    open-uri20151010-29872-13avdw9
  9. ***semasa melapis adunan kek, sila guna api sederhana shj.

Tags 
  •   kek
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua