Ikan Aya Singgang

Resepi Ikan Aya Singgang

 Dihantar Oleh Pada 02 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Resipi Keluarga dan berkhasiat

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan Aya ( juga dikenali sebagai ikan Tongkol atau Ikan Kayu) anggaran berat dalam 1 kg
  • 1 inci kunyit hidup (tumbuk kasar atau hiris nipis-nipis)
  • 1 inci lengkuas (tumbuk kasar)
  • 2 atau 3 keping asam gelugor (terpulang kepada citarasa)
  • garam secukup rasa, boleh nisbahkan dengan jumlah air yang digunakan
  • 2 atau 3 ulas bawang putih (jangan dibuat kulitnya) diketuk sampai pecah
  • 1/2 sudu makan gula pasir (sebagai penambah perisa)
  • Terung di belah 4 (jika suka)
  • Cili (sebarang jenis, belah sedikit dihujungnya saja) jika suka
  • Air secukupnya untuk kuah singgang
Cara-cara
  1. Ikan Aya yang sudah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan kunyit hidup, lengkuas, asam gelugor, garam dan bawang putih. Tutup periuk dan renehkan di atas api yang sederhana kecil sehingga ikan aya separuh masak. Jika terlebih masak pun tak apa.

  2. Ketepikan tutup periuk. Kemudian masukkan air secukupnya, biarkan hingga mendidih.

  3. Masukkan terung dan cili, biarkan seketika hingga layu.

  4. Masukkan gula sebagai penambah perisa. Kacau hingga sekata. dan boleh dihidangkan.

Komen