Dihantar Oleh Pada 14 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk 4 - 5 orang
Description

Resepi warisan.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jangan terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dengan 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis Maggi
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing-masing). Biarkan mendidih.

  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.

  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas....sertakan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.