Dihantar Oleh Pada 29 June, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: tidak terhad
Description

resepi kek kukus. nama mungkin tak sedap. tapi dah rasa baru tau'...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 gls Tepung Gandum
  • 2 gls Gula halus
  • 10 bj Telur
  • 1 1/2 tin kecil Susu Manis
  • 1 1/2 tin kecil Sri Kaya
  • 340 gm Susu Cair (Susu Ideal)
  • 1 paket kecil Horlick (200gm)
  • 16 oz Golden Churn Butter (mentega cap tong :) )
  • 1 botol kecil Browning Sugar ( saya hanya guna 3 ke 4 sudu mkn je)
  • 2 senduk Milo (senduk nasi)
  • 2 sudu mkn Serbuk Koko
  • 2 sudu teh Esen Vanilla
Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.

  2. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.

  3. Masukkan susu manis, susu cair ideal dan seri kaya. Gaul rata.

  4. Serbuk koko, milo,horlick dan tepung gandum di gaul sebati dan masukkan kedalam adunan tadi. Gaul rata.

  5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan browning sugar. Gaul rata

  6. Biarkan adunan selama 45 minit. Kemudian kukuslah adunan hingga masak. (saya kukus 3 jam setengah).

  7. Diharap mencuba resepi kek belacan ni. sangat SEDAP, dan pasti anda suka kan nya. saya YAKIN. SELAMAT MENCUBA. :)