Dihantar Oleh Pada 28 June, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Bagi mereka yg tak berapa suka makan terung,boleh cuba resepi ni..mana la tau kena dengan selera..cuma pastikan terung benar2 masak,sampai terpisah dari kulit pun tak apa

Share:
Bahan-bahan
  • 2-3 Terung panjang
  • 1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • segenggam udang kering*
  • 1 sudu belacan*
  • Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
  • Limau Kasturi-Ketika menghidang
Cara-cara
  1. Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis seperti dalam gambar

    open-uri20151010-29872-1fhnaxm
  2. Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering. Ini rupa terung yg sudah siap dipotong

    open-uri20151010-29872-1ynsxuy
  3. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..

    open-uri20151010-29872-19yf81a
  4. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..

  5. Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.

    open-uri20151010-29872-1wwih5d
  6. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan.. SELAMAT MENCUBA! ^_^

Komen