Dihantar Oleh Pada 12 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: Balut kek 9"
Description

Sesuai untuk balut kek atau gubahan. Tambah sedikit lemak sayuran kalau nak guna untuk gubahan. Saya buat kecil-kecil.... kek kecil lah. Lupa nak tulis... resepi dari http://www.baking911.com/asksarahbb/

Share:
Bahan-bahan
  • 225gm marshmallow putih
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil 'corn syrup' (jika suka), saya tak tambah ni
  • 450gm gula aising
  • 1/4 cawan 'crisco shortening', untuk gris (saya guna apa yang ada)
Cara-cara
  1. Panaskan marshmallow dalam ketuhar bersama air untuk 20-30 saat atau sampai marshmallow dah cair (suhu tinggi).

  2. Kacau marshmallow dengan sudu ke penyepit yang telah digris supaya tidak melekat. Kalau ada 'corn syrup', masukkan dan kacau bersama sampai sebati.

  3. Griskan mangkuk besar, masukkan marshmallow tadi. Tambah gula yang diayak sedikit demi sedikit.

  4. Bila fondant dah dekat nak jadi, griskan tangan dan uli fondant tu macam doh. Griskan tangan sekali lagi kalau perlu.

  5. Akhir sekali, buatkan fondant tu macam bola, griskan dengan lemak sayuran dan balut dengan plastik. Simpan sampai nak guna. Kalau nak simpan lama, kena simpan dalam 'tupperware' dan peti sejuk.

  6. Cara guna: canai fondant tu 1/2 cm untuk balut kek. Kalau terlalu kering, tambah sedikit air (2-3 titik) kemudian uli. Kalau terlalu basah, tambah sedikit gula aising.

  7. Cara tambah warna: ambil bahagian yang nak guna, letak 1-2 titik perwarna uli sehingga dapat warna yang dikehendaki.