Dihantar Oleh Pada 12 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 orang
Description

Resepi sendiri..biasa masak pakai campak-campak jer, tak payah sukat, hehehe.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan dan 1 cawan air ( saya guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam dan gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun
Cara-cara
  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.

  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yang sudah dibersihkan tadi.

  4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.