Resepi Rempeyek Kacang

 Dihantar Oleh Pada 22 June, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Sama macam adunan Kerepek Bayam resepi saya ari tu

Share:
Bahan-bahan
  • 150gram Tepung beras
  • 150gram Tepung jagung
  • 1/2 paket jintan manis yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
  • 1/2 paket jintan putih yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
  • 1/2 paket ketumbar yg harga 50 sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih- dikisar
  • Segenggam udang kering - dikisar
  • Segenggam ikan bilis - dikisar
  • 1 biji telor
  • 1 kotak kecil santan segera (200ml santan)
  • Air ikut cair yg diingini.
  • Garam dan minyak untuk menggoreng
  • Satu mangkuk kacang tanah yang sudah dibasuh dan dijemur kering
  • 10 tangkai cili padi (Optional) -dikisar - Jika mahu pedas
Cara-cara
  1. Campur semua bahan dan campur air dan kacau sehingga sebati,

    open-uri20151010-29872-16kswlu
  2. Jika adunan terlalu pekat tambah air begitu sebaliknya jika cair tambah sikit tepung.

    open-uri20151010-29872-vo9w45
  3. Ambil sesenduk adunan dan letak kacang, lengserkan tepi kuali - goreng dgn api yg perlahan.

    open-uri20151010-29872-24y73r
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua