Dihantar Oleh Pada 11 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: sebiji kek
Description

Tak payah disimpan peti sejuk tak akan cair...

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm mentega/lemak sayuran ('shortening') - (kalau nak aising putih dan lebih tahan panas, guna lemak sayuran. Tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna mentega lah)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul)
Cara-cara
  1. Pukul mentega + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dalam mentega, pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna untuk hiasan kek.

  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. Makan masa lah sikit, tapi, In Sya Allah, aisingnya nanti lebih cantik dan mudah dilepa.