Resepi Bingka Gandum Special

 Dihantar Oleh Pada 27 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Dalam 10 orang makan
Description

Resipi daripada nenek kesayangan.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan (santan kotak cap ayam- 200ml dicampur dengan air-jadikan 3 cawan)
  • 1 cawan air daun pandan (6 helai daun pandan yg besar-diblend dgn 1 cawan air dan ditapis)
  • Garam secukup rasa
  • 3/4 cawan gula (kalau nak manis jadikan 1 cawan)
  • 4 biji telur gred A (dipukul macam nak buat telur dadar)
  • Sedikit sahaja warna hijau
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan.Kacau sebati kemudian ditapis.

  2. Griskan loyang dengan sedikit minyak.Masukkan adunan.

  3. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Tunggu kuih sejuk baru di potong.

Komen