Resepi Kek Birthday

 Dihantar Oleh Pada 08 January, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: saiz kek 20 cm
Description

mari buat kek birthday sendiri..

Share:
Bahan-bahan
  • bahan untuk kek span
  • 3 biji telur(asingkan putih dan kuning)
  • 190 gm gula (kalo kek biasa 175 gm)
  • 5 sudu kecil serbuk koko(bole diganti dgn pewarna(hijau) dan perasa(pandan).)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 200 gm butter
  • **utk aising**
  • - 1 kotak whipping cream
  • - 3 sudu gula
  • - pewarna
  • **hiasan**
  • -boleh dihias dgn strawberi , ceri dll
Cara-cara
  1. putar putih telur dgn gula sehingga kembang berwarna putih.

  2. masukkan telur kuning.pukul sebentar. kemudian masukkan butter.

  3. tepung gandum diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.

  4. masukkan serbuk koko.kacau hingga sebati

  5. masukkan ke dlm loyang dan bakar. suhu 160 degree, masa 55 minit. kalo tak masak bole tambah masa lg.

    open-uri20151010-29872-17tyy31
  6. utk aising, putar whipping cream dgn gula sehingga agak keras. masukkan pewarna mengikut kegemaran.

  7. sapu aising pada kek dan boleh lah dihias mengikut kesukaan.(kek hendaklah dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum diletak aising)

    open-uri20151010-29872-1tvgt1f
  8. contoh design kek.

    open-uri20151010-29872-1ugwdgz
  9. kek yang telah dipotong

    open-uri20151010-29872-4ctx7g
  10. lagi contoh kek.

    open-uri20151010-29872-15x1zrl
Tags 
  •   kek