Resepi Sambal Ikan Bilis & Kentang

 Dihantar Oleh Pada 25 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

Resepi kakak tersayang (c's Liza). Menu harian yang ringkas & juga sesuai dimakan dengan nasi lemak

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis
Cara-cara
  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan

  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan

  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.

  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

  5. SELAMAT MENCUBA