Resepi Paru Goreng Berlada Simple

 Dihantar Oleh Pada 24 May, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi dari my mum. mudah n ringkas untuk disediakan.. Favourite my hubby..

Share:
Bahan-bahan
  • Paru = 500 g
  • Lada merah = 7 batang (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Bawang besar = 1 biji (yang sederhana)
  • Bawang putih = 3 ulas
  • Serai = 1 batang (dititik)
  • Serbuk kunyit = 1 sudu teh
  • Garam & gula = secukup rasa
Cara-cara
  1. Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru pakai garfu)

  2. Paru dipotong mengikut kesukaan masing-masing. Jangan terlalu nipis atau tebal

  3. Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.

  4. Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.

  5. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.

  6. Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.

  7. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Tags 
  •   paru
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua