Resepi Rendang Daging Ibu Mertuaku

 Dihantar Oleh Pada 24 May, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang makan
Description

Masakan orang Pahang. Biasenye mak mertua buat rendang ni time raye mkn dgn lemang. Tapi saye buat mkn ngn nasi himpit or nasi lemak pn sedap gak.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg daging lembu (daging batang pinang)
  • *1 biji bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 cm halia
  • * 2 cm lengkuas
  • * 2 cm kunyit hidup
  • * 2 batang serai (* dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 paket santan serbuk / 200ml santan pekat (nak lebihkan santan pn blh)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • Daun kunyit (diracik halus)
  • gula & garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Gaul daging dengan bahan2 kisar & masukkan dalam kuali. Masak hingga daging hampir empuk.

  2. Masukkan santan, kerisik, asam keping & daun kunyit. Masak lagi hingga daging benar2 lembut. Tambah air sedikit sekiranya daging masih tak lembut lagi.

  3. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan kering.

  4. * Kalau suka rendang tu basah2 skit jgn masak smpi kering sgt ok.

  5. SELAMAT MENCUBA

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua