Resepi Puding Pelangi

 Dihantar Oleh Pada 06 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Resepi dari internet yang diubahsuai sukatannye, penyediaan tak smpai 20 minit!

Share:
Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar (boleh guna agar-agar tali jugak)
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - boleh sampai 160g uutuk yang versi kurang manis lagi)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna-warna lain pun boleh)
Cara-cara
  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.

  2. Pukul telur sebentar menggunakan pemukul kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan esen vanila dan kacau hingga rata. Lepas tu tutup api.

  4. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk (sama banyak). Kemudian bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata, adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing boleh letak kuning dan merah.

  5. Sengetkan loyang/apa-apa bekas puding sedikit (yang saya gunakan bekas petak 7x7 inci) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa-apa untuk tinggikan).

  6. Mula-mula tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yang paling rendah tu), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.

  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras boleh dihidang....maaf la, puding yang buat hari itu tak macam pelangi sangat sebab baru je masuk dalam peti ais, anak dah usik dengan jarinya - tak sabar nak makan :(