Dihantar Oleh Pada 18 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

senang..sedap.masa buat 15 min saja resipi dari mak

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2-3/4 cawan gula(kalau yang suka manis letak 3/4 cawanlah
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • Pencelup merah dan susu pekat manis 3 sudu besar
  • Bahan B:-
  • 11 g yis kering (mauripan)
  • 1 cawan air suam
Cara-cara
  1. Bancuh Bahan B dan kacau hingga yis larut.Ketepikan

  2. Satukan semua Bahan A dan kacau hingga semua sebati.

  3. Ambil Bahan B dan masukkan dalam adunan tepung (Bahan A) tadi .Kacau lagi sehingga sebati.

  4. Adunan selepas di kacau hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.Lebih cair dari adunan kek tapi lebih pekat sedikit dari adunan kuih cara/ketayap.

  5. Biarlah seketika dalam 15 minit untuk adunan naik...lepas tu boleh la kukus dalam 30 minit.

  6. Nak test dah masak ke tidak ,try masukkan lidi satay ,kalau kering,tak melekat adunan tepung tu,dah masak la.Boleh la angkat.

  7. Lepas angkat ,sejukkan seketika..boleh potong,makan ngan kelapa parut..oishiii..des